Sebuah Perjalanan Misteri Merentasi Angkasa
Khamis, 13 Mei 2010 09:41 Prof Dr Roslan Abd Shukor
*for the original english version article, click here
KAPAL ANGKASA KITA YANG HEBAT
Berikut bukanlah satu persoalan andaian. Ianya kebenaran!
Mari kita bayangkan sebuah kapal angkasa yang besar telah dicipta - saya akan beritahu anda dimana kapal angkasa yang serupa boleh dijumpai dalam seketika. Ia boleh menampung 500 penumpang ke mana sahaja di alam semesta pada kelajuan yang sangat tinggi. Anda bertuah kerana terpilih sebagai salah seorang penumpang dalam kapal angkasa yang maju ini. Setiap penumpang boleh memilih untuk buat apa sahaja di kapal angkasa ini sementara ia menjelajah merentasi angkasa. Apa akan anda buat?
Adakah anda ingin menjadi orang yang menjaga dan mengendali kapal angkasa yang berkejuruteraan tinggi ini? Atau anda jenis orang yang suka menjaga kesihatan para penumpang dan menjadi orang perubatan bergerak.
Sesungguhnya ia suatu usaha yang baru! Boleh jadi anda ingin kapten kepada kapal ini dan menguruskan keseluruhan perjalanan, menjaga kapal angkasa ini dan para penumpangnya. Mungkin, sebahagian dari anda mahu memulakan perniagaan bergerak membuat untung di akhir perjalanan.
Jadi, adakah anda tahu apa akan saya buat? Saya akan bercakap dengan kapten kapal dan beritahunya saya tidak mahu melakukan apa-apa kecuali duduk di tepian jendela melihat melalui teleskop dan teropong dan menikmati semua perkara yang pelik dan misteri yang berlalu ketika kita bergerak merentasi angkasa. Bagaimana dengan itu? Mahukah anda menyertai saya dan menghargai semua perkara baru yang mendatang? Saya telah bertanya perkara yang sama baru-baru ini kepada 100 pelajar kelas Kuantum Fizik dan merasakan tindak balas "ya" dari mereka yang mana pada kebiasaannya diam apabila saya bertanyakan soalan.
Sekarang mari kita bayangkan kapal angkasa tersebut adalah besar sedikit. Jauh lebih besar. Katakan kapal angkasa itu boleh membawa lebih banyak penumpang. Bukan 500 atau 5000 tetapi 5 bilion penumpang. Dan saya menanyakan pertanyaan yang sama. Apa yang anda lebih suka lakukan di atas kapal angkasa seperti yang dibayangkan? Adakah anda masih akan bersama dengan saya di tepi jendela dan kaji semua perkara hebat yang berlalu. Sebuah kapal angkasa yang boleh memenuhi sebanyak 5 bilion penumpang adalah sangat besar. Tapi bumi mempunyai 5 bilion penghuni dan ... ya kita sebenarnya berada di kapal angkasa yang dikenali sebagai bumi. Kapal angkasa kita ini dalam sistem suria bergerak melalui alam semesta yang meluas yang mana menurut Big Bang bergerak jauh dan menjauh dari jiran-jirannya - seperti dua titik pada permukaan belon yang mengembang.
Mungkin spesis awal Homo Habilis (manusia prasejarah), Homo Erektus (nenek moyang Homo Sapiens) dan semestinya Homo Sapiens (kita) selepas makan malam akan duduk di "tempat tinggal" mereka dan mendongak ke langit dan tertanya-tanya apa yang ada di luar sana dan kenapa mereka berada di kapal angkasa ini, Bumi.
Jadi, apakah tujuan saya?
Kami masih bertanyakan soalan yang sama setiap hari. Sebagai para penumpang kepada kapal angkasa yang hebat ini, anak-anak kita bertanyakan banyak soalan ketika umur muda mereka tetapi semakin kurang bertanya apabila mereka semakin membesar. Mereka kurang keinginan untuk mengejar dan memahami alam semulajadi, saya maksudkan sains asas - matematik, fizik dan astronomi, kimia, biologi dan lain-lain. Sudah tentu subjek-subjek lain adalah sama kepentingannya untuk kesejahteraan kapal angkasa kita.
Manusia kini mungkin terlibat dengan banyak "urusan kompleks" dan lupa untuk bertanyakan soalan-soalan asas mengenai alam semulajadi. Banyak teknologi kita masakini adalah hasil daripada generasi-generasi yang mencari pertanyaan dan juga menyediakan jawapan-jawapan mengenai alam semulajadi - perkara-perkara yang melalui jendela kapal angkasa kita yang hebat - dengan segera dapat difahami oleh orang-orang yang berfikiran hebat seperti Newton dan Einstein. Sebagai umat manusia yang terbatas untuk memahami alam, sebagai contoh nanoteknologi, nanobiologi, elektronik ditambah atom molekul, proton, quark-pesona, aneh, keindahan dan ke bawah, gluon, meson, lepton dan lain-lain, lebih ramai penumpang duduk di tepi jendela akan memastikan carta yang berterusan mengenai keindahan yang berlalu melalui kapal angkasa kita yang hebat, untuk ditemui.
Jadi kepada semua anak-anak dan yang telah dewasa di luar sana ... mari kita bergabung dengan genius-genius hebat dan pemikir pada masa lalu, sekarang dan juga masa depan dan duduklah ditepi jendela dalam menerokai perjalanan misteri dengan kapal angkasa kita yang hebat.